Pengenalan Bitcoin

Pengenalan Asas Bitcoin

Cara mendapatkan mengumpulkan bitcoin

B4U Trades yang sebelumnya di kenali sebagai Bitcoins4u adalah program yang di wujudkan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang mata wang digital yang sering di kenali dengan nama Bitcoin.

Program pelaburan bitcoin terpecaya

Selain memberi pengetahuan asas tentang mata wang digital ini kepada orang ramai melalui program B4U Trades yang di perkenalkan, B4U Group juga mencipta Crypto Wallet (dompet mata wang digital) mereka sendiri iaitu B4U Wallet yang di hasilkan oleh B4U Soft, salah satu anak syarikat B4U Group.

Bagaimana cara menyimpan bitcoin

B4U Group juga memiliki mesin ATM Crypto mereka sendiri untuk jual beli mata wang digital yang dikenali dengan B4U ATM.

Cara mendapatkan mengumpul bitcoin

Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini, masih ramai yang belum tahu tentang apa itu Bitcoin terutama cara penggunaannya. Ini kerana kurangnya penggunaan mata wang digital ini di kalangan rakyat Malaysia. Di kalangan ahli B4U Trade sendiri, hanya sedikit yang menggunakan wang Fiat dalam transaksi B4U Trades.

Di dalam artikel ini, akan di kongsikan sedikit tentang apa itu mata wang digital dan cara penggunaannya dan akan mengfokus hanya kepada mata wang digital jenis Bitcoin.

Untuk memahami perkara asas tentang Bitcoin, terlebih dahulu anda perlu membezakan 2 soalan dibawah iaitu :
A. Bagaimana menghasilkan Bitcoin?
B. Bagaimana untuk memiliki Bitcoin?

2 soalan di atas hampir sama tetapi berbeza dalam definisi mata wang digital.

Sebagai pengguna, untuk memahami apa itu Bitcoin, cukup sekadar anda tahu bagaimana untuk mendapatkan / memiliki Bitcoin.
Kerana untuk mengetahui bagaimana Bitcoin terhasil, ianya adalah hal yang berbeza dengan makna memiliki Bitcoin.

Umpama emas. Semua orang tahu emas sesuatu yang berharga. Jadi anda hanya perlu memiliki emas dengan membeli di kedai kedai emas, tidak perlu tahu bagaimana cara melombong emas melainkan anda pelombong emas.

Menghasilkan Bitcoin, sudah tentu anda akan memiliki Bitcoin, tetapi memiliki bitcoin, belum tentu anda menghasilkan Bitcoin.

Apa Itu Bitcoin


Bitcoin adalah mata wang digital. Berbeza dengan wang Fiat juga emas, Bitcoin adalah sesuatu yang bernilai tetapi tidak mempunyai bentuk fizikal. Tidak ada bentuk, tidak ada rupa, tidak ada bau seperti wang Fiat atau emas. Sesuai dengan namanya, mata wang DIGITAL.

Jika wang nilainya di ukur pada warna atau angka pada wang, emas di ukur pada berat, Bitcoin pula di ukur HANYA MELALUI KUANTITI ATAU ANGKA.

Nilai bitcoin diukur melalui kuantiti dan kuantiti bitcoin dibaca sehingga 8 TITIK PERPULUHAN iaitu 0.00000000
Setiap angka 0 memberikan nilai kepada bitcoin yang dimiliki. Contoh, katakan 1 bitcoin bernilai RM40,000, jadi....

1.00000000 = RM40K
0.10000000 = RM4K
0.00100000 = RM400
0.00010000 = RM40
0.00001000 = RM4
Dan seterusnya 0.00000001 bitcoin akan mempunyai nilai walaupun nilainya sangat kecil.

Disini, cara mengukur nilai bitcoin, sama dengan mengukur nilai emas. Bezanya KETULAN EMAS, diukur melalui berat dan nilai emas tersebut dinilai pada berat ketulan emas tadi.... Contoh...
1000g = RM200K
100g = RM20K
10g = RM2K
1g = RM200
0.1g = RM20

Nilai emas ditentukan melalui BERAT.
Nilai bitcoin ditentukan melalui KUANTITI.

Jika EMAS dan duit fiat ada bentuk dan dapat dilihat menggunakan mata kasar. Berbeza dengan Bitcoin. Jadi emas dan duit fiat dapat disimpan di dalam peti besi, almari, bawah tanah atau dimana mana yang dirasakan selamat, Bitcoin pula HANYA DAPAT DISIMPAN DALAM DOMPET DIGITAL atau CRYPTO WALLET YANG JUGA TIDAK BERBENTUK DAN HANYA TERDAPAT DALAM INTERNET.

Sehingga baris ini, persoalan ini mungkin timbul...
"Jika bitcoin tak ada bentuk... Dompet digital juga tak ada bentuk, hanya ada di Internet... Macam mana nak tahu yang mana 1 bitcoin aku dan berapa banyak bitcoin yang aku ada, Internet ni luas.. "

Penjelasan untuk soalan di atas....

Untuk memiliki dan menyimpan bitcoin ini, ANDA WAJIB MEMILIKI DOMPET DIGITAL INI.
Dompet Digital inilah yang akan MENYIMPAN DAN MENUNJUKKAN KUANTITI BITCOIN YANG ANDA MILIKI.

Dompet Digital ini pula, hanya anda yang dapat access masuk, ianya bersifat privacy. Sama seperti akaun online banking. Contoh maybank2U, secara umum sesiapa saja boleh melayari Maybank2U, tetapi untuk masuk ke dalam akaun maybank2U hak milik anda, hanya anda yang tahu Username dan Password anda. Dari akaun Maybank2U anda itu, anda tahu berapa banyak wang yang anda miliki di dalam bank dari banyaknya wang di bank Maybank.

Jadi Dompet Digital ini hampir sama sifatnya dengan akaun online banking anda. Setiap orang yang memiliki Dompet Digital ini, mempunyai login accessnya tersendiri dan rahsia.

Ada Berapa Banyak Bitcoin Di Dunia?

Jumlah keseluruhan Bitcoin di dunia yang akan terhasil adalah 21,000,000.00000000 (21 juta).

Walaubagaimanapun, bitcoin tidak terhasil sekaligus, ianya terhasil atau di edar secara berperingkat setiap 4 tahun bermula tahun 2009. Proses ini di panggil HALVING.
Rujuk jadual di bawah.

Cara menyimpan mengumpul bitcoin

Sejarah Harga Bitcoin


Bitcoin pertama kali digunakan sebagai medium transaksi pembayaran adalah pada 22 Mei 2010 dimana seorang lelaki bernama Laszlo Hanyecz membeli 2 keping Pizza yang bernilai USD30 dengan 10,000 Bitcoin. Waktu itu, bitcoin tidak dikenali dan tidak mempunyai nilai seperti mana hari ini. Itulah transaksi pembayaran pertama terjadi menggunakan Bitcoin.

Sejarah penggunaan bitcoin pizza

Sejarah penggunaan bitcoin pizza

Pada hari ini, 10,000 bitcoin bernilai sekitar USD92 juta atau RM387 juta.
USD92 juta dari USD30??? Itulah Bitcoin dan itulah mengapa semakin ramai yang inginkan Bitcoin.


Sejak dari itu, Bitcoin mula mendapat perhatian dan harganya melonjak drastik walaupun pada awalnya tidak ramai yang memahami apa itu Bitcoin dan tidak ada yang menyangka bahawa harganya akan meningkat seperti pada hari ini.

Dibawah adalah Sejarah harga Bitcoin dari 2010 hingga 2017

Sejarah harga bitcoin

Hari ini..... Yang tahu tentang Bitcoin, akan mengumpulkan bitcoin kerana harganya....
Sama seperti emas, orang mengumpulkan emas termasuk para lelaki kerana harganya yang semakin lama semakin mahal.

Kenapa mereka yang tahu Bitcoin berusaha mendapatkan Bitcoin? Kerana.....
Semakin lama, bitcoin yang beredar di dunia semakin BERKURANG kerana masing masing cuba untuk MEMILIKINYA dan juga kerana HALVING....
Semakin berkurang bitcoin yang beredar, SEMAKIN MAHAL HARGA BITCOIN kerana hukum pasaran, iaitu permintaan melebihi penawaran.

Sekarang anda mungkin sudah mendapat sedikit gambaran tentang apa itu Bitcoin dan mengapa ianya menjadi rebutan orang ramai pada hari ini....



Tetapi bagaimana untuk mendapatkan Bitcoin, menyimpan bitcoin dan cara menjana keuntungan dari Bitcoin? Soalan ini anda perlu faham cara transaksi Bitcoin.

Cara Transaksi Bitcoin

Untuk memiliki Bitcoin, anda WAJIB memiliki Dompet Digital atau Crypto Wallet. Dompet Digital inilah tempat untuk anda menyimpan Bitcoin MILIK ANDA dari sekian banyaknya Bitcoin yang ada di seluruh dunia.

Dompet Digital ini sama seperti akaun banking online anda.

Jika Online banking, contohnya akaun maybank2U, setiap pemilik akaun maybank2U akan memiliki NO AKAUN BANK mereka tersendiri. Begitu juga dengan Dompet Digital atau Crypto Wallet ini, setiap pemegang Dompet Digital, akan mempunyai no akaun dompet mereka sendiri dan bersifat unik. Tetapi no akaun dompet digital ini tidak disebut no akaun tetapi WALLET ADDRESS. Setiap coin atau mata wang digital yang ada dalam dompet digital tersebut akan mempunyai Wallet address yang berbeza beza dan kadang berubah ubah. Contoh dompet digital dari blockchain, didalam dompet digital blockchain, boleh menyimpan coin Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash dan Ethereum..
Address untuk setiap coin adalah berbeza walau berada di dalam wallet digital yang sama.

Cara transaksi :
1. Menerima bitcoin = Berikan bitcoin address anda kepada pengirim bitcoin untuk pengirim transfer bitcoin ke Dompet Digital anda.
2. Mengirim bitcoin = Dapatkan bitcoin address penerima untuk anda transfer bitcoin ke Dompet Digital penerima.

Membeli Dan Menjual Bitcoin

Bitcoin tidak akan tiba tiba muncul di dalam Dompet Digital anda. Sama seperti emas. Emas tidak akan tiba tiba ada di dalam peti besi anda. Anda perlu mendapatkannya atau membeli di kedai kedai emas.
Tetapi dimana dan bagaimana untuk membeli Bitcoin? Pada waktu ini, kebanyakan syarikat menjual dan membeli bitcoin menggunakan kaedah online.

Terdapat banyak syarikat syarikat yang menjalankan perniagaan jual beli bitcoin. Salah satu nya, Remitano.

Cara membeli dan menjual bitcoin

Remitano hanyalah orang tengah dalam urusan jual beli bitcoin iaitu penyedia platform antara penjual dan pembeli untuk mewujudkan transaksi jual beli bitcoin yang lebih selamat.

Di Remitano, terdapat ramai yang ingin menjual dan membeli bitcoin dengan harga yang mereka inginkan dan mengiklankannya di Remitano.

Contoh senarai penjual Bitcoin di Remitano....
Bagaimana Cara menjual dan membeli bitcoin
Contoh senarai pembeli Bitcoin di Remitano... 
Bagaimana cara membeli dan menjual bitcoin
Contoh anda ingin membeli Bitcoin di Remitano, pilih mana mana penjual Bitcoin, lakukan pembayaran ke dalam akaun bank yang diberikan, tunggu bitcoin di transfer ke dalam Dompet Digital anda. Anda juga boleh membuat iklan dan meletakkan harga yang anda inginkan untuk membeli Bitcoin.

Menjana Keuntungan Dengan Bitcoin

Jika anda baca tentang apa itu Bitcoin dari penerangan di atas, anda akan faham salah satu cara untuk menjana keuntungan dari bitcoin adalah dengan
MEMBELI BITCOIN PADA HARGA MURAH.... dan
MENJUAL SEMULA PADA HARGA TINGGI.

Di B4U Trades, keuntungan yang akan anda dapat dengan bitcoin tidak dengan jual beli tetapi menjadikan bitcoin sebagai modal di dalam B4U Trades dan profit yang anda terima adalah dalam bentuk bitcoin juga. Bermakna.... Kuantiti bitcoin anda akan bertambah.

Tonton video penerangan tentang bitcoin dibawah dari salah seorang ahli B4U Trades.


Cara Deposit Menggunakan Bitcoin

Cara Deposit Menggunakan Bitcoin Dalam Akaun B4U Trades

Cara Deposit bitcoin ke akaun B4U Trades

Di dalam B4U Trades, selain membuat pembayaran deposit menggunakan wang Fiat, anda juga boleh membuat deposit menggunakan mata wang digital atau crypto currency.

Jika anda membuat deposit menggunakan mata wang digital, profit yang akan anda terima adalah berdasarkan pada kuantiti mata wang digital yang anda depo. Contoh anda membuat deposit dengan Bitcoin sebanyak 1 Bitcoin. Katakan pada bulan tersebut, profit adalah 7%, maka 7% dikira dari jumlah bitcoin anda iaitu 1 x 7% = 0.07 bitcoin.

1 bitcoin, nilai semasa post ini ditulis adalah
RM42,429 @ USD10,248

Cara Deposit bitcoin ke akaun B4U Trades

0.07 bitcoin bernilai
RM2,951 @ USD709.52


Oleh kerana profit dikira berdasarkan KUANTITI, bermakna apabila harga bitcoin meningkat pada masa hadapan, nilai deposit anda atas kuantiti bitcoin dan profit tadi juga meningkat. Begitu juga sebaliknya jika harga bitcoin menurun.

Contoh waktu anda melakukan deposit sebanyak 1 bitcoin, nilai 1 bitcoin bernilai RM42,429....
Katakan keesokan hari selepas anda melakukan deposit, nilai 1 bitcoin menjadi RM45,000...
nilai deposit anda di dalam akaun B4U Trades juga menjadi RM45,000... begitu juga nilai pada Profit yang anda terima.

Kuantiti mata wang digital anda tidak berubah, yang berubah adalah nilai. Apabila anda membuat deposit menggunakan mata wang digital, pengeluaran profit juga, dalam bentuk mata wang digital.

B4U Trades menerima pembayaran mata wang digital Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Bitcoin Cash, Ripple, DASH, dan ZeeCash.

Di dalam post ini, akan diterangkan cara cara untuk membuat deposit menggunakan mata wang digital dan sebagai contoh, saya menggunakan mata wang digital jenis Bitcoin.

Cara Deposit bitcoin ke akaun B4U Trades

Untuk membuat pembayaran menggunakan Bitcoin, anda perlu mempunyai Bitcoin anda sendiri dan semestinya mempunyai Wallet bitcoin. Dalam hal ini, saya beranggapan anda yang ingin membuat deposit menggunakan mata wang digital sudah mempunyai PENGETAHUAN ASAS tentang transaksi mata wang digital ini.

Minima jumlah bitcoin untuk membuat deposit ke akaun B4U Trades adalah senilai USD50, disarankan Minima USD60 untuk mengelakkan masalah nilai tidak mencukupi USD50.

Langkah langkah membuat deposit menggunakan bitcoin adalah seperti di bawah :

1. Login ke dalam akaun B4U Trades anda.
2. Semak harga semasa bitcoin yang ditetapkan oleh B4U Trades di bahagian 'Dashboard'

Cara Deposit bitcoin B4U trades

3. Lakukan pengiraan untuk mendapatkan kuantiti bitcoin yang perlu anda transfer. Cara pengiraan adalah seperti di bawah

Jumlah modal dalam USD / Kadar tukaran semasa Bitcoin B4U Trades

Katakan anda ingin Invest dengan modal USD300.
Kuantiti bitcoin senilai USD300 adalah 0.029154 bitcoin. Kuantiti ini tidak termasuk transaction fee dari blockchain network.

300 / 10290.2 = 0.029154 bitcoin

4. Setelah membuat pengiraan dan mendapat kuantiti bitcoin senilai dengan modal yang ingin anda invest, klik menu 'Deposit' dan isikan maklumat deposit anda seperti di bawah dan klik 'Continue' :
Deposit Mode = New-Investment
Select Currency = Bitcoin
Amount = Kuantiti bitcoin

Cara Deposit bitcoin ke akaun B4U Trades

5. Setelah klik 'Continue', tunggu beberapa saat dan halaman seperti di bawah akan muncul. Klik perkataan 'Bitcoin' untuk dapatkan bitcoin wallet address B4U Trades.
Pastikan transfer bitcoin ke bitcoin wallet address, bukan wallet coin yang lain!! 

Cara Deposit bitcoin ke akaun B4U Trades

6. Copy bitcoin wallet address B4U Trades.

7. Masuk ke dalam wallet address anda dan transfer 0.0029154 btc + network fee ke bitcoin wallet address B4U Trades yang diberi seperti di atas.

8. Untuk bahagian 'Choose File', sila screenshort bukti transaksi bitcoin anda ke B4U Trades bitcoin wallet yang tertera :
I. wallet address B4U Trades
II. Tarikh
III. Transaction ID
IV. Jumlah bitcoin yang ditransfer

Dibawah contoh contoh screenshort bukti pembayaran deposit menggunakan bitcoin mengikut jenis wallet bitcoin.

Cara Deposit bitcoin ke akaun B4U Trades

Cara Deposit bitcoin ke akaun B4U Trades

Cara Deposit bitcoin ke akaun B4U Trades
9. Di kotak 'Transaction ID', copy transaction ID anda dan paste.
Masukkan BITCOIN TRANSACTION ID, bukan B4U ID.

10. Klik 'Submit Payment'. Selesai. Tunggu company sahkan deposit bitcoin anda.

******************

Pastikan anda benar benar faham tentang transaksi mata wang digital sebelum melakukannya sendiri. Jika anda kurang mahir, sila minta bantuan upline atau mata wang digital atau bitcoin anda akan hangus!!! 

B4U Trades Sah Berdaftar Di Bahrain SR Digital World

B4U Trades Berdaftar Dan Membuka Office Di Bahrain | SR Digital World

B4U Trades sekali lagi membuktikan bahawa mereka adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan sebenar dengan berjaya mendaftarkan perniagaan mereka dan menubuhkan syarikat di Bahrain dengan nama SR Digital World
(Strategic Resources Digital World)

SR Digital World Dilancarkan pada 7 Februari 2020 di K-Hotel Juffair Kingdom Of Bahrain

SR Digital Resources Strategic Resources

Bahrain adalah negara Timur Tengah pertama yang mendapat kelulusan daripada Bank Negara Bahrain dalam penggunaan mata wang digital atau cryptocurrency pada pertengahan 2019 yang lalu.

Pendaftaran dan pembukaan office B4U Trades
(SR Digital World) di Bahrain merupakan batu loncatan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka di dalam bidang mata wang digital sekaligus membuktikan B4U adalah perniagaan yang benar benar wujud.


*********

Dipetik daripada CoinRevolution berkenaan penglibatan Bahrain dalam teknologi mata wang digital dalam mengembangkan ekonomi mereka :

Buat pertama kalinya, Teknologi blockchain sedang digunakan di Bahrain dan Arab Saudi. Teknologi ini digunakan oleh HSBC dan The Saudi British Bank - SABB untuk membiayai perdagangan antarabangsa.

Langkah terakhir ini telah meletakkan kedua-dua negara di barisan hadapan perdagangan antarabangsa. Di samping itu, ia juga telah memperkenalkan tahap ketelusan, keselamatan dan kecekapan baru bagi korporat untuk mencari pasaran baru.

Terdapat dua syarikat utama yang terlibat dalam urus niaga; Altaiseer Aluminium Corporation - Talco of Saudi Arabia dan Alba - Aluminium Bahrain. Yang terakhir dihantar billet aluminium homogenisasi kepada Talco. Talco kemudian mengeluarkan Surat Kredit pada platform berasaskan blokchain melalui penggunaan Sistem Corda R3.

Pegawai kanan pertama untuk bercakap tentang ini adalah Majed Najm. Beliau adalah timbalan pengarah Perbankan Korporat & Institusi SABB. Beliau menyatakan bahawa terdapat banyak kegembiraan mengenai manfaat komersil blockchain. Banknya adalah yang pertama menggunakannya untuk meningkatkan perbadanan perdagangan antarabangsa di Arab Saudi.

Beliau terus memperhatikan bahawa teknologi blockchain dapat digunakan untuk memperbaiki pelbagai aspek perdagangan global. SABB akan berada dalam kedudukan untuk merintis perubahan ini dengan meningkatkan ekonomi dan pengalaman pelanggan mereka.

HSBC adalah bank terkemuka di dunia untuk pembiayaan perdagangan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Melika Betley, organisasi kewangan secara aktif terlibat dalam menyokong penggunaan teknologi baru seperti blockchain. Beliau percaya bahawa ini adalah satu-satunya cara perdagangan antarabangsa akan dibuat lebih mudah dan selamat. Ia juga merupakan cara untuk memastikan perdagangan antarabangsa lebih pantas.

Sejak beberapa hari lalu, Bahrain telah berusaha untuk membuktikan bahawa ia adalah salah satu ekosistem fintech yang berkembang pesat. Transaksi terbaru ini akan menguatkan sokongan negara untuk blockchain.

Transaksi ini juga membuktikan perkara-perkara tertentu. Ia menunjukkan daya maju operasi dan komersial blockchain sebagai alternatif yang hebat. Nampaknya ia tidak lama lagi menggantikan dokumentasi berasaskan kertas. Platform berfungsi dengan apa yang dikenali sebagai aliran BL blockchain. Ia cenderung untuk mencerminkan proses tradisional yang digunapakai.

LC blockchain termasuk surat persetujuan kredit ', permintaan pindaan, nasihat, serta dokumentasi proses terbitan. Ia juga termasuk arahan penyelesaian bil, resolusi percanggahan, dan proses tradisional yang lain.

Mengenai Corda R3, Corda R3 menggunakan teknologi blockchain untuk berdagang dan mengesan maklumat kerana ia bergerak ke pihak yang terlibat. Teknologi Corda akan memastikan semua pemain utama disegerakkan. Ini meminimumkan keperluan untuk perdamaian. Ia juga mempercepatkan transaksi.

Sumber

Tonton dan dengarkan ucapan CEO B4U Group Of Company sewaktu pelancaran SR Digital World di Bahrain.


B4u trades Bahrain office SR Digital World